LEMBARAN BAHARU DALAM BIDANG PENGAJIAN TINGGI DI MALAYSIA
Kolej Pengajian Keselamatan dan Penyiasatan Malaysia (KPKPM) telah diasaskan oleh mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Fuzi Harun, sebagai sebuah institusi pendidikan tinggi yang komited dalam pembangunan bidang keselamatan dan penyiasatan di Malaysia. Kini, institusi ini diterajui oleh Dato’ Shamsudin Haji Mat, mantan Komandan Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur, yang membawa pengalaman luas dalam bidang kepimpinan dan latihan profesional. KPKPM beroperasi di Cyberjaya, Selangor.
KPKPM memberi tumpuan kepada melahirkan tenaga kerja profesional yang kompeten, berintegriti dan berkelayakan dalam bidang penguatkuasaan selaras dengan keperluan semasa negara.
KPKPM turut diberi kepercayaan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi untuk menawarkan program pengajian di peringkat Sijil dan Diploma dalam bidang keselamatan dan penyiasatan, bagi memastikan standard akademik dan profesionalisme yang berkualiti.
PROGRAM YANG DITAWARKAN
KAMPUS KAMI
Fokus utama KPKPM adalah untuk melahirkan pegawai yang berkelayakan dalam bidang keselamatan dan penyiasatan bagi memenuhi keperluan negara, khususnya dalam era baharu yang penuh dengan ketidaktentuan.
KPKPM juga telah diberikan kepercayaan sepenuhnya oleh Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia untuk menawarkan program Sijil dan Diploma dalam bidang pengajian keselamatan serta penyiasatan.
KUNJUNGI KAMI
Lot No. 12159, Jalan Cyber Point 6, Cyber 8, 63000 Sepang, Selangor | +603-8094 9999 | admin@kpkpm.edu.my
© KPKPM 2026 | All Rights Reserved